Anugerah Ilham Desa Peringkat Zon 2012

Sekali lagi Kampung kami mencipta kecermelangan apabila mendapat naib johan pertandingan anugerah Ilham desa peringkat Zon Timur. Bertempat Di Dewan Tun Razak INFRA, Bangi Majlis Makan Malam dan Penyampaian Hadiah Anugerah Ilham Desa peringkat Zon Timur. Hadiah disampaikan Ketua Setiau saha Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW)

 Majlis Penyampaian Hadiah Oleh KSU KKLW

Trofi dan replika Cek

Gambar Kenangan Bersama Penolong Pegawai Daerah Besut, Pegawai KEMAS Daerah Besut 
dan Penggerak GDW

ANUGERAH ILHAM DESA
Anugerah Ilham Desa (AID) telah dimulakan  pada tahun 2000, dikenali sebagai  Pertandingan Idea Bernas sebelum ditukar  kepada Anugerah Ilham Desa (AID) pada  tahun 2009. Program dilaksanakan dalam dua (2)  peringkat iaitu Peringkat Zon dan Peringkat Kebangsaan yang dilaksanakan  secara berselang tahun. Bertemakan “Komuniti Berdaya Desa  Berjaya”, kampung- kampung yang  menyertai pertandingan ini akan mengetengahkan projek-projek yang diilhamkan oleh penduduk kampung menggunakan kreativiti dan inovasi mereka.

Penyertaan Anugerah Ilham Desa (AID) Peringkat Zon 2012 adalah tertakluk  kepada syarat-syarat berikut :-
1. Projek yang dilaksanakanberdasarkan  kaedah/penemuan baru, berinovasi
    dan mengetengahkan kreativiti tersendiri.
2. Projek telah pun dilaksanakan sekurang- kurangnya 1 tahun atau lebih.
3. Projek yang dilaksanakan mestilah projek yang mampu memberi manfaat dan  
    menjana ekonomi penduduk setempat.
4. Penyertaan dibuka kepada semua projek berinovasi yang dilaksana secara   
    individu atau berkelompok.
5. Penyertaan projek mestilah mewakili kampung dan penyertaan dibuat melalui 
    Jawatankuasa Keselamatan dan  Kemajuan Kampung (JKKK) atau 
    Jawatankuasa  
    Keselamatan dan  Kemajuan Kampung Persekutuan (JKKKP).
6. Kampung-kampung yang pernah  menyertai Anugerah Ilham Desa sejak
tahun 2000 hingga 2010 BOLEH menyertai semula samada mengemukakan projek yang sama atau  projek baru KECUALI projek yang telah  memenangi Johan, Naib Johan dan Tempat Ketiga dalam Anugerah Ilham Desa Peringkat Kebangsaan.
7. Penyertaan ini akan dibuat tapisan awal  dan disahkan penyertaannya.
    Keputusan Jawatankuasa adalah muktamad.

Pertandingan Kebersihan Kampung Peringkat Daerah Besut

Kampung Kami akan menyertai pertandingan kebersihan kampung peringkat Daerah Besut. Panel hakim dijangka hadir ke kampung kami pada 23 September 2012  (Ahad) jam 10.00 Pagi.

Apa Menarik Di Kampung Gong Guchil

Pelbagai Replika dicipta bagi mengindahkan keceriaan kampung sempena merdeka. Sebagai Persiapan bagi acara kemuncak penghakiman keceriaan merdeka anjuran Pejabat Penerangan peringkat kebangsaan.
Semoga usaha dan kerja kuat mendapat hasil yang cemerlang.








Sambutan Merdeka Gong Guchil

Berkat Kerjasama dan ketukunan serta usaha keras penduduk Kampung dapat menghasilkan sesuatu yang luar biasa. Certusan ilham dan idea hasil gabungan penduduk maka dapatlah dihasilkan sesuatu yang menjadi kebanggan penduduk kampung..MERDEKA..MERDEKA..MERDEKA


Selamat Datang Kampung Budaya


Replika Kapal Layar


'KLCC' pun ado

 1 Malaysia



Puisi Merdeka


Gasing

Tema Kemedekaan Negara diabadikan di Kampung Kami

PENGHAKIMAN ANUGERAH DESA SEJAHTERA

TARIKH: 12 OGOS 2012
MASA: 10.0 PAGI 
TEMPAT: BILIK GERAKAN JKKK KG GONG GUCHIL

AHLI PANEL HAKIM:

1. JABATAN PERANCANG BANDAR DAN DESA
2. JABATAN KESIHATAN NEGERI TERENGGANU
3. JABATAN PELAJARAN TERENGGANU
4. PEJABAT MARA TERENGGANU

URUSETIA: KEMAS NEGERI TERENGGANU

GAMBAR AKAN DI UPLOAD KEMUDIAN


PERTANDINGAN ANUGERAH DESA SEJAHTERA PERINGKAT NEGERI TERENGGANU

Pertandingan Kampung Merdeka atau di beri nama baru Pertandingan Anugerah Desa Sejahtera peringkat Negeri Terengganu bermula 12 Ogos Ini. Sebanyak 8 Buah kampung yang menyertai Pertandingan ini akan dinilai oleh Panel Hakim yang dilantik oleh Urusetia pertandingan. Tidak melepaskan peluang, Kampung Gong Guchil sekali lagi menjadi sandaran Daerah Besut untuk mewakili Daerah. Seluruh Warga Gong Guchil 'berperang siang dan malam bagi menyiapkan replika,bendera dan pelbagai lagi bagi menunjukan patriotisme kepada tanahair. Walaupun bulan ramadhan, namu tidak menjadi penghalang untuk mereka berhempas pulas menyiapkan tugasan masing-masing. Harapan agar keberkatan bulan ramadhan ini memberi hasil yang tidak mengecewakan..INSYAALLAH.

PERTANDINGAN KAMPUNG MERDEKA

Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah akan menganjurkan pertandingan Anugerah Desa Sejahtera di seluruh negara sempena Bulan Kemerdekaan dengan hadiah utama berupa geran atau projek bernilai RM1 juta.

Menterinya,  berkata ia bertujuan menyemarak semangat cintakan negara ke seluruh pelusuk negara termasuk di kampung.  Manakala tempat kedua dan ketiga turut menawarkan hadiah lumayan iaitu masing-masing RM500,000 dan RM300,000.

Penyertaan terbuka kepada kampung induk yang mempunyai JKKK/JKKKP.
Diantara Kriteria Penyertaan adalah:

1. Kepelbagaian aktiviti sambutan
2. Kreativiti, Inovasi dan keceriaan sambutan.
3. Penyertaan masyarakat kampung
4. Kewujudan mercu tanda/papan tanda/poster yang berkonsepkan kemerdekaan, patriotisme dan kecintaan kepada negara.
5. Kemeriahan pengibaran jalur gemilang
7. memiliki ciri-ciri kampung cemerlang khususya 7 aspek yang di pertandingkan dalam Anugerah Desa Cemerlang.

# Hadiah akan diberi dalam bentuk wang tunai dan projek pembangunan yang bernilai sehingga RM 1 juta
# Borang penyertaan boleh didapati di laman web www.ruralink.gov.my atau klik disini untuk mendapatkan borang penyertaan.
# Pemenang dan penyampaian hadiah akan diumukan pada 31 Ogos 2012 nanti.


SEJARAH KAMPUNG


        Kampung ini mula diterokai oleh sekumpulan keluarga yang berasal dari Bachok Kelantan. Ketua kumpulan tersebut dikenali dengan nama Muda yang datang menerokai perkampungan ini dengan adik-beradiknya dalam era tahun 1920an.

       Kehadiran mereka telah memulakan penempatan beberapa  buah bangsal dengan mengerjakan penerokaan hutan belantara di sekeliling kampung mereka ketika itu.

       Nama kampung yang suatu ketika dahulu berasaskan kepada banyaknya terdapat “Pokok Guchil” di satu kawasan tanah tinggi sedikit jika dibandingkan dengan kawasan lain, oleh yang demikian bagi memudahkan panggilan mereka yang lalu lalang di sini di letakan tempat persinggahan itu dengan nama Gong Guchil.

            Di antara mereka yang menerokai tanah di kampung ini bernama Abdullah( Nama panggilan Pak Su Dollah), Ahmad ( Lebai Hamad), Che Hat ( Tok Che Hat) dan Mat Din ( Pak Su Mat Din ). Mereka ini merupakan kumpulan awal yang menerokai kampung, dan sampai sekarang nama-nama mereka masih disebut oleh anak cucu walaupun telah lama meninggal dunia.

       Kampung Gong Guchil terletak bersempadan di antara dua alur sungai utama iaitu Alur Sungai Jerteh dan Alur Machang Sungai Kenak. Di sebelah selatannya bersempadan dengan Kg. Gong Tanah Merah dan Kg. Pulau Panjang di sebelah utaranya sementara di sebelah barat Kg. Kubang Depu dan timur Kg. Gerai.

       Kampung ini terletak berhampiran dengan Bandar Jerteh yang merupakan tempat warga menjalankan kegiatan ekonominya  manakala Kg. Raja sebagai pusat  pentadbiran penduduk kampung ini. Punca ekonomi para penduduk di sini adalah sebagai petani yang mengusahakan penanaman padi.