Kampung
ini mula diterokai oleh sekumpulan keluarga yang berasal dari Bachok Kelantan.
Ketua kumpulan tersebut dikenali dengan nama Muda yang datang menerokai
perkampungan ini dengan adik-beradiknya dalam era tahun 1920an.
Kehadiran mereka telah memulakan
penempatan beberapa buah bangsal dengan
mengerjakan penerokaan hutan belantara di sekeliling kampung mereka ketika itu.
Nama kampung yang suatu ketika dahulu
berasaskan kepada banyaknya terdapat “Pokok Guchil” di satu kawasan tanah
tinggi sedikit jika dibandingkan dengan kawasan lain, oleh yang demikian bagi
memudahkan panggilan mereka yang lalu lalang di sini di letakan tempat
persinggahan itu dengan nama Gong Guchil.
Di antara mereka yang menerokai
tanah di kampung ini bernama Abdullah( Nama panggilan Pak Su Dollah), Ahmad (
Lebai Hamad), Che Hat ( Tok Che Hat) dan Mat Din ( Pak Su Mat Din ). Mereka ini
merupakan kumpulan awal yang menerokai kampung, dan sampai sekarang nama-nama
mereka masih disebut oleh anak cucu walaupun telah lama meninggal dunia.
Kampung Gong Guchil terletak bersempadan
di antara dua alur sungai utama iaitu Alur Sungai Jerteh dan Alur Machang
Sungai Kenak. Di sebelah selatannya bersempadan dengan Kg. Gong Tanah Merah dan
Kg. Pulau Panjang di sebelah utaranya sementara di sebelah barat Kg. Kubang
Depu dan timur Kg. Gerai.
Kampung ini terletak berhampiran dengan
Bandar Jerteh yang merupakan tempat warga menjalankan kegiatan ekonominya manakala Kg. Raja sebagai pusat pentadbiran penduduk kampung ini. Punca
ekonomi para penduduk di sini adalah sebagai petani yang mengusahakan penanaman
padi.
No comments:
Post a Comment