Sekali lagi Kampung kami mencipta kecermelangan apabila mendapat naib johan pertandingan anugerah Ilham desa peringkat Zon Timur. Bertempat Di Dewan Tun Razak INFRA, Bangi Majlis Makan Malam dan Penyampaian Hadiah Anugerah Ilham Desa peringkat Zon Timur. Hadiah disampaikan Ketua Setiau saha Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW)
Majlis Penyampaian Hadiah Oleh KSU KKLW
Trofi dan replika Cek
Gambar Kenangan Bersama Penolong Pegawai Daerah Besut, Pegawai KEMAS Daerah Besut
dan Penggerak GDW
ANUGERAH ILHAM DESA
Anugerah Ilham Desa (AID)
telah dimulakan pada tahun 2000,
dikenali sebagai Pertandingan Idea
Bernas sebelum ditukar kepada Anugerah
Ilham Desa (AID) pada tahun 2009. Program
dilaksanakan dalam dua (2) peringkat
iaitu Peringkat Zon dan Peringkat Kebangsaan yang dilaksanakan secara berselang tahun. Bertemakan “Komuniti
Berdaya Desa Berjaya”, kampung- kampung
yang menyertai pertandingan ini akan mengetengahkan
projek-projek yang diilhamkan oleh penduduk kampung menggunakan kreativiti dan
inovasi mereka.
Penyertaan
Anugerah Ilham Desa (AID) Peringkat Zon 2012 adalah tertakluk kepada syarat-syarat berikut :-
1.
Projek yang dilaksanakanberdasarkan kaedah/penemuan baru, berinovasi
dan mengetengahkan kreativiti tersendiri.
2.
Projek telah pun dilaksanakan sekurang- kurangnya 1 tahun atau lebih.
3.
Projek yang dilaksanakan mestilah projek yang mampu memberi manfaat dan
menjana ekonomi penduduk setempat.
4.
Penyertaan dibuka kepada semua projek berinovasi yang dilaksana secara
individu
atau berkelompok.
5.
Penyertaan projek mestilah mewakili kampung dan penyertaan dibuat melalui
Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Kampung (JKKK) atau
Jawatankuasa
Keselamatan dan Kemajuan Kampung Persekutuan (JKKKP).
6.
Kampung-kampung yang pernah menyertai
Anugerah Ilham Desa sejak
tahun 2000 hingga 2010 BOLEH menyertai
semula samada mengemukakan projek yang sama atau projek baru KECUALI projek yang telah memenangi Johan, Naib Johan dan Tempat Ketiga
dalam Anugerah Ilham Desa Peringkat Kebangsaan.
7.
Penyertaan ini akan dibuat tapisan awal dan disahkan penyertaannya.
Keputusan Jawatankuasa adalah muktamad.
No comments:
Post a Comment