Sambutan Merdeka Gong Guchil
Berkat Kerjasama dan ketukunan serta usaha keras penduduk Kampung dapat menghasilkan sesuatu yang luar biasa. Certusan ilham dan idea hasil gabungan penduduk maka dapatlah dihasilkan sesuatu yang menjadi kebanggan penduduk kampung..MERDEKA..MERDEKA..MERDEKA
Selamat Datang Kampung Budaya
Replika Kapal Layar
'KLCC' pun ado
1 Malaysia
Puisi Merdeka
Gasing
Tema Kemedekaan Negara diabadikan di Kampung Kami
PENGHAKIMAN ANUGERAH DESA SEJAHTERA
TARIKH: 12 OGOS 2012
MASA: 10.0 PAGI
TEMPAT: BILIK GERAKAN JKKK KG GONG GUCHIL
AHLI PANEL HAKIM:
1. JABATAN PERANCANG BANDAR DAN DESA
2. JABATAN KESIHATAN NEGERI TERENGGANU
3. JABATAN PELAJARAN TERENGGANU
4. PEJABAT MARA TERENGGANU
URUSETIA: KEMAS NEGERI TERENGGANU
GAMBAR AKAN DI UPLOAD KEMUDIAN
PERTANDINGAN ANUGERAH DESA SEJAHTERA PERINGKAT NEGERI TERENGGANU
Pertandingan Kampung Merdeka atau di beri nama baru Pertandingan Anugerah Desa Sejahtera peringkat Negeri Terengganu bermula 12 Ogos Ini. Sebanyak 8 Buah kampung yang menyertai Pertandingan ini akan dinilai oleh Panel Hakim yang dilantik oleh Urusetia pertandingan. Tidak melepaskan peluang, Kampung Gong Guchil sekali lagi menjadi sandaran Daerah Besut untuk mewakili Daerah. Seluruh Warga Gong Guchil 'berperang siang dan malam bagi menyiapkan replika,bendera dan pelbagai lagi bagi menunjukan patriotisme kepada tanahair. Walaupun bulan ramadhan, namu tidak menjadi penghalang untuk mereka berhempas pulas menyiapkan tugasan masing-masing. Harapan agar keberkatan bulan ramadhan ini memberi hasil yang tidak mengecewakan..INSYAALLAH.
PERTANDINGAN KAMPUNG MERDEKA
Kementerian
Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah akan menganjurkan pertandingan Anugerah Desa Sejahtera di seluruh negara sempena Bulan Kemerdekaan dengan hadiah utama berupa geran
atau projek bernilai RM1 juta.
Menterinya,
berkata ia bertujuan menyemarak semangat cintakan negara ke seluruh
pelusuk negara termasuk di kampung. Manakala tempat kedua dan ketiga
turut menawarkan hadiah lumayan iaitu masing-masing RM500,000 dan RM300,000.
Penyertaan
terbuka kepada kampung induk yang mempunyai JKKK/JKKKP.
Diantara
Kriteria Penyertaan adalah:
1.
Kepelbagaian aktiviti sambutan
2.
Kreativiti, Inovasi dan keceriaan sambutan.
3.
Penyertaan masyarakat kampung
4.
Kewujudan mercu tanda/papan tanda/poster yang berkonsepkan kemerdekaan,
patriotisme dan kecintaan kepada negara.
5.
Kemeriahan pengibaran jalur gemilang
7.
memiliki ciri-ciri kampung cemerlang khususya 7 aspek yang di pertandingkan
dalam Anugerah Desa Cemerlang.
#
Hadiah akan diberi dalam bentuk wang tunai dan projek pembangunan yang bernilai
sehingga RM 1 juta
#
Borang penyertaan boleh didapati di laman web www.ruralink.gov.my atau klik disini untuk mendapatkan borang
penyertaan.
#
Pemenang dan penyampaian hadiah akan diumukan pada 31 Ogos 2012 nanti.
SEJARAH KAMPUNG
Kampung
ini mula diterokai oleh sekumpulan keluarga yang berasal dari Bachok Kelantan.
Ketua kumpulan tersebut dikenali dengan nama Muda yang datang menerokai
perkampungan ini dengan adik-beradiknya dalam era tahun 1920an.
Kehadiran mereka telah memulakan
penempatan beberapa buah bangsal dengan
mengerjakan penerokaan hutan belantara di sekeliling kampung mereka ketika itu.
Nama kampung yang suatu ketika dahulu
berasaskan kepada banyaknya terdapat “Pokok Guchil” di satu kawasan tanah
tinggi sedikit jika dibandingkan dengan kawasan lain, oleh yang demikian bagi
memudahkan panggilan mereka yang lalu lalang di sini di letakan tempat
persinggahan itu dengan nama Gong Guchil.
Di antara mereka yang menerokai
tanah di kampung ini bernama Abdullah( Nama panggilan Pak Su Dollah), Ahmad (
Lebai Hamad), Che Hat ( Tok Che Hat) dan Mat Din ( Pak Su Mat Din ). Mereka ini
merupakan kumpulan awal yang menerokai kampung, dan sampai sekarang nama-nama
mereka masih disebut oleh anak cucu walaupun telah lama meninggal dunia.
Kampung Gong Guchil terletak bersempadan
di antara dua alur sungai utama iaitu Alur Sungai Jerteh dan Alur Machang
Sungai Kenak. Di sebelah selatannya bersempadan dengan Kg. Gong Tanah Merah dan
Kg. Pulau Panjang di sebelah utaranya sementara di sebelah barat Kg. Kubang
Depu dan timur Kg. Gerai.
Kampung ini terletak berhampiran dengan
Bandar Jerteh yang merupakan tempat warga menjalankan kegiatan ekonominya manakala Kg. Raja sebagai pusat pentadbiran penduduk kampung ini. Punca
ekonomi para penduduk di sini adalah sebagai petani yang mengusahakan penanaman
padi.
Subscribe to:
Posts (Atom)